-->
skip to main | skip to sidebar
Kelly Membebel
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

jika kau pilih aku. . . .


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”





♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Ampunkan Aku Ya Allah :(

Bismillahirrahamanirrahim. .

Ya Allah.. ampunkan aku.. semakin hari semakin tersasar dari-Mu.. aku lupa akan tanggungjawab ku kepada-Mu.. leka dengan amanah yang diberikan kepada ku oleh-Mu.. :( aku hanya manusia biasa.. memerlukan cahaya dari-Mu.. agar yang gelap menjadi terang.. kelam menjadi cerah dan yang gusar menjadi tenang.. bantulah aku Ya Allah. berikanlah aku kekuatan untuk terus beribadat kepada-Mu Ya Allah. jika hari ni hamba-Mu melakukan kesalahan, ampunkan aku Ya Allah. jika hari ni hamba-Mu berbuat dosa sepenuh langit dan bumi, ampunkan aku Ya Allah. aku tidak lari dari melakukan dosa. jika hari ni hamba-Mu mengeluh dengan kehidupan, ampunkan aku Ya Allah. jika hari ni hamba-Mu bertaubat kerana dosa yang lalu ampunkan aku Ya Allah.. ampunkan aku Ya Allah atas kebodohan dan kejahilan ku. keterlanjuran kata-kata ku.. dosaku sesama manusia dan perbuatan ku yang melampaui batas. ampunkan aku Ya Allah.

aku serahkan urusan ini kepada-Mu Ya Allah. aku adalah hamba-Mu yang tidak berdaya.. jadikan aku insan yang sentiasa bersangka baik kepada-Mu dan seluruh manusia. jadikan aku insan yang mencintai-Mu melebihi cintaku pada manusia.. jadikan aku manusia yang sentiasa dekat dengan-Mu.




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk Pembedahan Jantung

Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk Pembedahan Jantung

TAWAU, (Benama) -- Seorang wartawan tempatan Ismail Lamo memerlukan sekurang-sekurangnya RM50,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor, bagi memperbaiki salah satu injap jantungnya yang rosak.

Ismail, 54, yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) menjalani dua siri pemeriksaan jantung di Hospital Ampang Puteri hampir dua minggu lalu selepas sering mengalami kesesakan nafas berkata doktor pakar yang memeriksanya mengesahkan bahawa salah satu injap jantungnya sudah rosak dan perlu dibedah.

"Kalau mengikut pihak hospital, mereka menyarankan saya supaya segera menjalani pembedahan dan rawatan jantung berkenaan namun saya meminta supaya ia tidak dilaksanakan terlebih dahulu kerana masalah kos," katanya semasa dikunjungi ahli dan anggota jawatankuasa Pewarta di rumahnya di sini Selasa.

Pengerusi Pewarta Shamry Mohd Sani turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan anggota Pewarta dan kakitangan institusi di mana anggota Pewarta bertugas.

Ismail dimasukkan ke Hospital Tawau pada 12 Jan lalu selepas mengadu sesak nafas ketika membuat liputan acara sambutan ulang tahun ke-3 penubuhan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di kem Kukusan dekat sini dan dirawat selama enam hari di hospital itu .

Beberapa bulan sebelum itu, Ismail dimasukkan ke Hospital Tawau atas sebab yang sama dan dirawat hampir dua minggu.

Ismail mula berkecimpung dalam bidang kewartawanan pada tahun 1979 dengan menjadi pemberita sambilan.

Sementara itu, Shamry berharap lebih ramai anggota masyarakat sudi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban Ismail yang kini tidak dapat bergerak aktif dan masanya banyak dihabiskan di rumah kerana keadaannya yang kurang bertenaga.

"Haji Ismail sudah banyak menyumbang kepada masyarakat kita di Tawau dan di Sabah amnya dalam bidang penyebaran maklumat dan pengetahuan. Jadi kita berharap lebih ramai pihak dapat tampil menyumbang," katanya.

BERNAMA





        IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Pengkid berleluasa??!


 Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengkid ini ialah :

i. PERANAN KERAJAAN
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini. Mereka perlu mengenakan tindakan yang tegas terhadap golongan pengkid untuk mengelak daripada menular secara berleluasa . Hal ini untuk memberi teladan kepada golongan remaja lain. Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang masalah pengkid.

ii. PERANAN IBU BAPA DAN KELUARGA
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja akan rajau kehidupan yang akan mereka tempuhi. Mungkin ibu-bapa boleh memberi sedikit sebanyak bimbingan kepada anak-anak mereka, namun jika kekuatan dalaman diri seseorng itu tidak dapat mengatasi pengaruh negatif dari luar, maka akan terjerumuslah mereka ke lembah yang hina ini. Ibu-bapa juga perlulah mengawasi setiap tindak-tanduk anak-anak mereka. Hal ini bukanlah bermakna sehingga ke tahap mengongkong kebebasan anak-anak mereka, tetapi cukuplah sekiranya ibu-bapa dapat memerhatikan sebarang perubahan sikap anak-anak  ini dan mengambil tindakan yang wajar jika didapati mereka ini telah terpesong haluan ke jalan yang negatif. Kesedaran agama perlu turut diterapkan untuk membentuk jiwa anak-anak yang sihat dan akal yang tajam dan pemikiran yang matang. 

iii. PERANAN MEDIA MASSA MEDIA ELEKTRONIK
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu turut menjadi perantara yang membolehkan isu pengkid ini dibincangkan secara ilmiah. Kita boleh mencela dan memaki hamun golongan ini dalam seribu satu bahasa. Tetapi bagaimana langkah membendung dan mengatasi hal ini dapat diambil? Patutkah kita membiarkan sahaja mereka ini atau memberikan segala bentuk pemulihan yang termampu? Perlukah isu-isu yang sebegini hanya dibincangkan di perlimen semata-mata? Cetusan-cetusan idea oleh setiap ahli dalam masyarakat perlu juga diambil kira. Justeru itu, peranan yang dimainkan oleh media massa dan elektronik ini amatlah penting dan dilihat sebagai satu pemangkin bagi mencari penyelesaian isu ini.

        IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

        IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Lubnan


Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam.

Laporan The Star Onlinemenyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.
Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006. Sebelum itu, beliau pernah bekerja denganMalaysiakini dan akhbarThe Sun.
Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.
Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.
Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.
Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.
Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.
Malah menurut beberapa laporan, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.
Mendiang dikatakan berada di Lubnan sejak 28 Januari lalu untuk mengunjungi rakannya.
Ilango dipetik Bernama berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.

sumber: WARTAWAN SINAR HARIAN






        IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Fikir positif untuk yang lebih baik

Fikir positif untuk yang lebih baik, lupakan masalah untuk seketika agar kita boleh lebih fokus untuk sesuatu perkara.. Biarkan masalah itu untuk seketika, bukan buang, tetapi simpan di satu sudut yang akan membawa kita ke sebuah jalan penyelesaian. INSYAALLAH! :)

*FOKUS PADA HARI INI: BUAT REPORT LI SAMPAI GILAAAAAA! hehehehee. :p Ya Allah, permudahkanlah hari ku ni, permudahkan segala perkara yang aku buat. aminnnnnnnnnnnn!!



Selamat menjalani kehidupan untuk hari ini pada semua readers, MULAKAN HARI INI DENGAN BISMILLAH DAN SENYUMAN YANG LEBARRRRR! ^__________^


hello suami!!!! saya rindu awak sangat2x!!!! :)




 IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P






♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

mengenali sahabat anda . . . . . :)






Assalamualaikum! Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan orang tersayang. Ok harini nak bagi tips untuk jadi sahabat yang baik. Tak semua kawan yang kita ada tu boleh susah senang dengan kita, jangan silap sebab ada yang hanya datang macam angin lalu. So untuk jadikan diri kita sebagai sahabat yang baik dan susah senang bersama sy nak kongsi sikit tipsnya :)


1. Jadi pendengar yang setia

Kalau sahabat kita dalam kesedihan perlukan bantuan, korang datang la kepadanya dan dengar luahan yang dia ingin sampaikan. Tatap ke matanya dan pegang tangan untuk memberi kekuatan. (untuk perempuan sama perempuan je ok)


2. Tutup aibnya

Jika korang pernah melihat sesuatu keburukan terhadap sahabat korang, korang hanya senyap dan simpan hingga ke akhir hayat korang. Bagi korang setiap manusia itu ada kelemahannya tersendiri.


3. Berhubung walaupun jarang berjumpa

Walaupun korang kini tidak lagi sekelas ataupun satu sekolah, korang sering menghubungi sahabat korang untuk bertanya khabar. Tidak kiralah telefon atau pun sekadar sms 'Hi,kau apa khabar?' Itu dah cukup membuatkan sahabat korang tersenyum.


4. Saling membantu

Ketika sahabat korang dalam kesempitan, korang lah orang pertama yang menghulurkan tangan untuk membantu. Korang akan bantu dengan apa cara sekali pun walaupun korang juga dalam kesusahan.


5. Terima seadanya

Ini yang paling penting sebab ada orang nak kawan dengan orang cantik, kaya, hot jek. Ingat dalam dunia ni kita semua sama je harta benda dan kecantikan tu sementara. Cuba korang jadi dorang baru korang akan paham apa rasanya.



Ingat sahabat yang baik umpama mutiara di lautan susah nak dapat yang betul-betul bersinar. Sahabat juga umpama bintang di langit walaupun kita tak nampak tapi cahayanya sentiasa ada menerangi kita. Jika sahabat anda buat salah, maafkan lah. Sebab kalau kita benar anggap dia sahabat, kita tak akan membencinya. Ingat kawan senang nak cari tapi sahabat sejati satu dalam seribu. Renungkan dan hargailah mereka selagi ada. selamat b'amal! hehehe! :)








     IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Dearest future . . :)



Cakkkkk!!!!!!!! ni la Mr Sepet yg memang sepet hehehe. Abdul Hafidz bin Mohd Yahaya. time ni dia dtg umah nak jumpa family. . tp mcm merisik pun da hehhee. love u b. thankss coz sudi dtg umah jumpa family sygg and berani b'depan dgn papa syg semata2x nak terus terang pasal our relationship. terharu ni syggg. chewaaahhh! syggg doakan hubungan kita ni kekal sampai bila2x ea. . tq gak coz terima syg seadanya, mcmna rupa syg mu ni yg comot pun b terima ni hehehe. comot2x pun comel ba gak kan b. hahahaha! I WILL NEVER GIV UP ON YOU HUBBY . . . . biar byk dugaan sekali pun syg b'sedia utk hadapi semua tu eaaaaaa. Promise! ily! :)


Dearest Future Husband,


Sorry sebab syg mu ni ganas & kasar sikit hehehe. sikit ka banyak? sikit ja ba kan b hahahahaa. ari tu time kat umah b da tgk syg mcmna kan, sempat g ahhh syg p kasi pecah bekas kuih raya mama. hahahahaha. terus syg tengok muka b ni . . dgn muka malu and nak nangis. aduiii b tau malunya syggg ohhh. b terus pegi usap kepala syg kan and cakap mcm ni "da2x. . . jgn nangis ya sygg, mcmna kasar pun b tetap syggg syg." hwaaaaa. makin mengalir air mata syg ni b ckp mcm tu. tapi syg janji eaaa, syg akan berubah pelan2x gak, al maklum la kan bakal isteri mu ni ahli sukan plak. . tu yg ganas and kasar semacam ehehehhe. :p


Dearest Future Husband,


Kalau syg marah, sejukkan hati syg. Kalau syg merajuk, pujuklah syg. Kalau syg menangis, kesatlah air mata syg. Sebab for sure syg akan buat semua tu untuk b sebab b kan my everything syg. chewaaahhhh!!!!! love u!


Dearest Future Husband,

Jika ada orang lain selain syg, please inform me. Jujur dengan syg. Surely syg akan menangis. Maybe syg akan marah pada awalnya, tapi InsyaAllah, syg redha dengan semuanya. Its better than b buat perkara bukan bukan dekat belakang syg, syg taknak suami syg berdosa. tapiiiiii syg tau b takkan buat mcm tu kat syg kan b? syg pegi sekolah pondok tu kalau b buat mcm tu hehehehhe. terus kita jumpa alek kat sekolah pondok, memang xkan habis cerita kita ni hehehehhee. WO AI NIE!


Dearest Future Husband,


Bimbinglah syg dengan anak2x ke arah Islam. Jadi imam syg, itu kan yang semua perempuan nak dari suami dia. heeeee. tercapai gak hasrat kita kan nak solat sama2x heeee. time b jadi imam syg tu kan sebak tau syg. sangat2x sebak!  Kalau ada masalah, ingat Tuhan ya sayangggggggg ku. Jangan down tau, nanti syg down sekali. B kan kekuatan sygg? kan2x!! kuatkan semangat, jangan cepat mengalah!


Dearest Future Husband,


Hubby! Thanks again!!!!!!!!!!!!! Thanks for choosing me as your GF, wife, your love and your everything. Ingat, walau apa pun jadi, syg sayanngggg b. Lelaki yang syg paling sayang selain abah syg, that is my promise. If ditakdirkan syg pergi dulu before b, please jaga diri baiK2x, jaga anak kita, jaga rahsia kita, jaga hubungan b dengan Tuhan. Kalau rindu, hulurkan doa dan surah Al-Fatihah, moga b sentiasa tabah. ^____________^ love u!






 my afiz & adek liena



p/s: b. . syggg akn selalu b'doa untuk jodoh kita, insyaAllah! thankss for everything ily forever! -Lysa-





IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P

 

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

i'm back :)





Assalamualaikum. OMG! I MISS THIS BLOG!!!!!!!! Honestly i dunno if there's anybody ever still readis my blog. I have stopped writing for awhile. I remembered how I really enjoy writing back then. Dont get me wrong readers, I STILL DO! yeaaah I still do ! Why i start writing again? simple. coz I MISS WRITING!!!! yeaahhhh! HYEEE! i'm coming back to haunt ur blogging life!



IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

bunga vs kaktus, ulat vs kupu-kupu . . :)






saya meminta setangkai bunga segar tapi kaktus yang diberi. . 
saya meminta kupu-kupu yang cantik tapi saya diberi ulat berbulu . .
saya sedih dan kecewa . .
tapi kemudian kaktus itu berbunga dan ulat itu bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. .



Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita menangis, kecewa, kenapa Allah tak beri apa yang kita nak. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita. :)


So, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang. Apa yg da jadi tu pasti ada hikmahnya. . Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya. Amin. . . . . 






IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Rahsia personaliti melalui pangkal nama






A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.


C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.



D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



heeee. pangkal nama sy "N" . . hehehee betol ahh tu x yakin ma diri sendiri. selalu merendah diri la kata kannn . . . ok pa daripada meninggi diri jaaa . . tp kalo t'lalu merendahkan diri susah jua nanti kena pijak kepala . . . :p ANDA PLAK BAGAIMANA? 



IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P



dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

pekerja KFC hilang sabar!!



Assalamualaikum [jawab tau, kalo x jawab dosa! heee ;p]

terkejut bila baca akhbar pasal kakitangan KFC yg kurang ajar siap ada video lagi ok! [sempat gak ahhh amek video, mcm tau2x ja dorang mo b'gaduh hehhe.] Ya ka pekerja tu yg kurang ajar? ka customer tu yg mulut celupar??! haaa mari kita terjah k! heehehee! Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai yang mana seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan. – Kosmo





hurmm. siapa yg betol2x salah dlm hal ni?? haaa! tu yg susah mo diBEBEL sebenarnyaa heee. kalo sy la kan sy rasa dua-dua salah, kalau tak silap orang kata, customer tu yg mula dulu. Difahamkan pergaduhan itu b'laku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam, dlm keadaan marah pelanggan tersebut telah menghamburkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap pekerja-pekerja KFC di situ &  pekerja KFC yg marah dgn hamburan kata-kata kesat yang berbaur perkauman oleh pelanggan tersebut telah hilang sabar & terus pegi belasah pelanggan tu. bleh plak tu customer cina cakap "CIBAI PUNYA MELAYUI!" amboi3x! sesuka ati ja nk ckp mcm tu! haaaaaa kalau sy pun memang meradang ahh kalo da org ckp mcm tu kan! kalo nak marah pun marah laa tapi jgn la sampai ckp mcm tu. . melibatkan bangsa plak tu! supposely mesti ada give & take laaa. customer pun kena faham dan staf pun kena ada cara nak layan customer. customer kan ada macam-macam karenah. KCF kena buat kursus/training how to control your anger management. Kebanyakan pekerja ni banyaknya orang muda, darah muda, hati panas, pantang dicuit or diusik, mulalah menggelegak kan! ya la dlm arena customer servis ni khususnya makanan segera kita kene sabar dalam memberi servis. kalo mmg nak marah pun marah lepas customer tu blah, tp confirm la dpt dosa haha. kalo x mo dpt dosa dok diam2 then lupakan ja suma tu. 

ni antara komen2x pasal kejadian KFC tu


kalo BAB LAMBAT tu bukan kat tmp KFC dlm video tu ja . . benda ni pun pernah terjadi kat sy gak. order dulu tapi lambat sampai! hahahah! x ka bengang namanya tu . . tapi xda la sampai ati mo ckp mcm tu sekali kan. cakap dlm ati ja la hehehhe. supaya c puas ati sendiri heee. and sbg customer kalo da rasa memang xble tahan tu & da nampak customer ramai blah ja laa. . da tentu tunggu lama punya. lebih2x lagi tmp high volume mcm tu. I always do that! tak mati la wei if ndak makan ayam or burger sehari. . hahaha! :p so siapa2x yg panas baran and ndak tahan mo layan karenah pelanggan tu, sy nasihatkan x perlu la kerja kat restoran makanan . . ndak kira la segera ka lambat ka! memang bukan mudah kerja tu kan! even sy ni pun xda pengalaman kerja mcm tu tapi sy tau mesti penat punyaaa. . kena2x lagi dgn pelanggan yg MULUT PUAKA  haaa memang akn jadi mcm kat video tu laaa!



IYA KA IYA? IYA IYA LA!! :D



dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Kisah benar: Bapa pukul anak yang nak pakai tudung!



Ceritanya begini...


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.



Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.


Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.



Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???


Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!


Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"


Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.


SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! tidakkkkk!!!!!


KWANG3X.. TEKUN BACA Ehh! RELEX LAR BEB .. saya PUN DA TERKENA gak! hahaha :P









dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Photobucket
Nurkhaliesatul Hasinah Hibriyah
10 september
Tawau, Sabah
Mr Afiz

The One and Only

Photobucket
-Abdul Hafidz-

Blog Archive

  • ▼  2013 (6)
    • ▼  February (6)
      • jika kau pilih aku. . . .
      • Ampunkan Aku Ya Allah :(
      • Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk...
      • Pengkid berleluasa??!
      • Ketika Allah Memilihmu Untukku..
      • Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Lubnan
  • ►  2012 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)

Family

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Papa; Cikgu Abdullah
Mama; Cikgu Puspa
Puteri 1; Kelly Lysa
Putera 1; Mamat
Putera 2; Long Zack
Putera 3; Hadhra
Putera 4; Fakhrul
Puteri 2; Liena

Bestie Forever

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Terima Kasih kepada pembaca senyap, pembaca tegar, pembaca yang tak berapa nak baca dan anda-anda sekalian :)

 
haddad alwi - doaku instrumental

Powered by mp3skull.com
Boucing Pink Bow Tie Ribbon
Copyright© All Rights Reserved cikkellysa.blogspot.com