-->
skip to main | skip to sidebar
Kelly Membebel
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk Pembedahan Jantung

Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk Pembedahan Jantung

TAWAU, (Benama) -- Seorang wartawan tempatan Ismail Lamo memerlukan sekurang-sekurangnya RM50,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor, bagi memperbaiki salah satu injap jantungnya yang rosak.

Ismail, 54, yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) menjalani dua siri pemeriksaan jantung di Hospital Ampang Puteri hampir dua minggu lalu selepas sering mengalami kesesakan nafas berkata doktor pakar yang memeriksanya mengesahkan bahawa salah satu injap jantungnya sudah rosak dan perlu dibedah.

"Kalau mengikut pihak hospital, mereka menyarankan saya supaya segera menjalani pembedahan dan rawatan jantung berkenaan namun saya meminta supaya ia tidak dilaksanakan terlebih dahulu kerana masalah kos," katanya semasa dikunjungi ahli dan anggota jawatankuasa Pewarta di rumahnya di sini Selasa.

Pengerusi Pewarta Shamry Mohd Sani turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan anggota Pewarta dan kakitangan institusi di mana anggota Pewarta bertugas.

Ismail dimasukkan ke Hospital Tawau pada 12 Jan lalu selepas mengadu sesak nafas ketika membuat liputan acara sambutan ulang tahun ke-3 penubuhan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di kem Kukusan dekat sini dan dirawat selama enam hari di hospital itu .

Beberapa bulan sebelum itu, Ismail dimasukkan ke Hospital Tawau atas sebab yang sama dan dirawat hampir dua minggu.

Ismail mula berkecimpung dalam bidang kewartawanan pada tahun 1979 dengan menjadi pemberita sambilan.

Sementara itu, Shamry berharap lebih ramai anggota masyarakat sudi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban Ismail yang kini tidak dapat bergerak aktif dan masanya banyak dihabiskan di rumah kerana keadaannya yang kurang bertenaga.

"Haji Ismail sudah banyak menyumbang kepada masyarakat kita di Tawau dan di Sabah amnya dalam bidang penyebaran maklumat dan pengetahuan. Jadi kita berharap lebih ramai pihak dapat tampil menyumbang," katanya.

BERNAMA





        IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Photobucket
Nurkhaliesatul Hasinah Hibriyah
10 september
Tawau, Sabah
Mr Afiz

The One and Only

Photobucket
-Abdul Hafidz-

Blog Archive

  • ▼  2013 (6)
    • ▼  February (6)
      • jika kau pilih aku. . . .
      • Ampunkan Aku Ya Allah :(
      • Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk...
      • Pengkid berleluasa??!
      • Ketika Allah Memilihmu Untukku..
      • Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Lubnan
  • ►  2012 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)

Family

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Papa; Cikgu Abdullah
Mama; Cikgu Puspa
Puteri 1; Kelly Lysa
Putera 1; Mamat
Putera 2; Long Zack
Putera 3; Hadhra
Putera 4; Fakhrul
Puteri 2; Liena

Bestie Forever

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Terima Kasih kepada pembaca senyap, pembaca tegar, pembaca yang tak berapa nak baca dan anda-anda sekalian :)

 
haddad alwi - doaku instrumental

Powered by mp3skull.com
Boucing Pink Bow Tie Ribbon
Copyright© All Rights Reserved cikkellysa.blogspot.com