-->
skip to main | skip to sidebar
Kelly Membebel
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Lubnan


Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam.

Laporan The Star Onlinemenyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.
Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006. Sebelum itu, beliau pernah bekerja denganMalaysiakini dan akhbarThe Sun.
Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.
Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.
Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.
Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.
Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.
Malah menurut beberapa laporan, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.
Mendiang dikatakan berada di Lubnan sejak 28 Januari lalu untuk mengunjungi rakannya.
Ilango dipetik Bernama berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.

sumber: WARTAWAN SINAR HARIAN






        IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P




♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Photobucket
Nurkhaliesatul Hasinah Hibriyah
10 september
Tawau, Sabah
Mr Afiz

The One and Only

Photobucket
-Abdul Hafidz-

Blog Archive

  • ▼  2013 (6)
    • ▼  February (6)
      • jika kau pilih aku. . . .
      • Ampunkan Aku Ya Allah :(
      • Seorang Wartawan Daerah Tawau Perlu RM50,000 Untuk...
      • Pengkid berleluasa??!
      • Ketika Allah Memilihmu Untukku..
      • Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Lubnan
  • ►  2012 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)

Family

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Papa; Cikgu Abdullah
Mama; Cikgu Puspa
Puteri 1; Kelly Lysa
Putera 1; Mamat
Putera 2; Long Zack
Putera 3; Hadhra
Putera 4; Fakhrul
Puteri 2; Liena

Bestie Forever

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Terima Kasih kepada pembaca senyap, pembaca tegar, pembaca yang tak berapa nak baca dan anda-anda sekalian :)

 
haddad alwi - doaku instrumental

Powered by mp3skull.com
Boucing Pink Bow Tie Ribbon
Copyright© All Rights Reserved cikkellysa.blogspot.com