-->
skip to main | skip to sidebar
Kelly Membebel
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

Rahsia personaliti melalui pangkal nama






A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.


C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.



D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



heeee. pangkal nama sy "N" . . hehehee betol ahh tu x yakin ma diri sendiri. selalu merendah diri la kata kannn . . . ok pa daripada meninggi diri jaaa . . tp kalo t'lalu merendahkan diri susah jua nanti kena pijak kepala . . . :p ANDA PLAK BAGAIMANA? 



IYA KA IYA? IYA IYA LA! :P



dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

pekerja KFC hilang sabar!!



Assalamualaikum [jawab tau, kalo x jawab dosa! heee ;p]

terkejut bila baca akhbar pasal kakitangan KFC yg kurang ajar siap ada video lagi ok! [sempat gak ahhh amek video, mcm tau2x ja dorang mo b'gaduh hehhe.] Ya ka pekerja tu yg kurang ajar? ka customer tu yg mulut celupar??! haaa mari kita terjah k! heehehee! Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai yang mana seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan. – Kosmo





hurmm. siapa yg betol2x salah dlm hal ni?? haaa! tu yg susah mo diBEBEL sebenarnyaa heee. kalo sy la kan sy rasa dua-dua salah, kalau tak silap orang kata, customer tu yg mula dulu. Difahamkan pergaduhan itu b'laku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam, dlm keadaan marah pelanggan tersebut telah menghamburkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap pekerja-pekerja KFC di situ &  pekerja KFC yg marah dgn hamburan kata-kata kesat yang berbaur perkauman oleh pelanggan tersebut telah hilang sabar & terus pegi belasah pelanggan tu. bleh plak tu customer cina cakap "CIBAI PUNYA MELAYUI!" amboi3x! sesuka ati ja nk ckp mcm tu! haaaaaa kalau sy pun memang meradang ahh kalo da org ckp mcm tu kan! kalo nak marah pun marah laa tapi jgn la sampai ckp mcm tu. . melibatkan bangsa plak tu! supposely mesti ada give & take laaa. customer pun kena faham dan staf pun kena ada cara nak layan customer. customer kan ada macam-macam karenah. KCF kena buat kursus/training how to control your anger management. Kebanyakan pekerja ni banyaknya orang muda, darah muda, hati panas, pantang dicuit or diusik, mulalah menggelegak kan! ya la dlm arena customer servis ni khususnya makanan segera kita kene sabar dalam memberi servis. kalo mmg nak marah pun marah lepas customer tu blah, tp confirm la dpt dosa haha. kalo x mo dpt dosa dok diam2 then lupakan ja suma tu. 

ni antara komen2x pasal kejadian KFC tu


kalo BAB LAMBAT tu bukan kat tmp KFC dlm video tu ja . . benda ni pun pernah terjadi kat sy gak. order dulu tapi lambat sampai! hahahah! x ka bengang namanya tu . . tapi xda la sampai ati mo ckp mcm tu sekali kan. cakap dlm ati ja la hehehhe. supaya c puas ati sendiri heee. and sbg customer kalo da rasa memang xble tahan tu & da nampak customer ramai blah ja laa. . da tentu tunggu lama punya. lebih2x lagi tmp high volume mcm tu. I always do that! tak mati la wei if ndak makan ayam or burger sehari. . hahaha! :p so siapa2x yg panas baran and ndak tahan mo layan karenah pelanggan tu, sy nasihatkan x perlu la kerja kat restoran makanan . . ndak kira la segera ka lambat ka! memang bukan mudah kerja tu kan! even sy ni pun xda pengalaman kerja mcm tu tapi sy tau mesti penat punyaaa. . kena2x lagi dgn pelanggan yg MULUT PUAKA  haaa memang akn jadi mcm kat video tu laaa!



IYA KA IYA? IYA IYA LA!! :D



dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

Kisah benar: Bapa pukul anak yang nak pakai tudung!



Ceritanya begini...


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.



Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.


Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.



Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???


Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!


Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"


Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.


SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! tidakkkkk!!!!!


KWANG3X.. TEKUN BACA Ehh! RELEX LAR BEB .. saya PUN DA TERKENA gak! hahaha :P









dibebel oleh;

♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Photobucket
Nurkhaliesatul Hasinah Hibriyah
10 september
Tawau, Sabah
Mr Afiz

The One and Only

Photobucket
-Abdul Hafidz-

Blog Archive

  • ►  2013 (6)
    • ►  February (6)
  • ▼  2012 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (3)
      • Rahsia personaliti melalui pangkal nama
      • pekerja KFC hilang sabar!!
      • Kisah benar: Bapa pukul anak yang nak pakai tudung!
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)

Family

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Papa; Cikgu Abdullah
Mama; Cikgu Puspa
Puteri 1; Kelly Lysa
Putera 1; Mamat
Putera 2; Long Zack
Putera 3; Hadhra
Putera 4; Fakhrul
Puteri 2; Liena

Bestie Forever

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Terima Kasih kepada pembaca senyap, pembaca tegar, pembaca yang tak berapa nak baca dan anda-anda sekalian :)

 
haddad alwi - doaku instrumental

Powered by mp3skull.com
Boucing Pink Bow Tie Ribbon
Copyright© All Rights Reserved cikkellysa.blogspot.com