saya nak kongsi sikit ni pasal topik yang hangat dibincangkan blogger-blogger sekarang ni tentang beberapa group penyanyi kat Malaysia yang cuba nak buat kumpulan ala-ala Korea. selaku penggemar K-Pop, saya rasa tak boleh terlepas nak komen pasal benda serius ni. hehehe. saya mengaku sangat saya pun minat gak dengan K-Pop ni. selalu juga layan group K-Pop ni kat Youtube. kalo group boboy yang paling saya minat mesti laaa Super Junior, Shinee, 2pm, 2am, SS501. . kalo group gegurl plak saya layan Girl Generation, Kara, Wonder Girl & 2Ne1. lagu dorang semua bole jual tau. da la comel loteh hehhehe. memang suka laaa!! papa & mama saya pun suka tengok hahahhaha. suka bukan bermakna saya nak ikot cara dorang berpakaian or what eaaa. sebab minat? suka tengok dorang menari. kemas dan best lah! Muka pun comel-comel ja suma. hahahaha. #saya membebel dengan comel lagi hahaha.
okeeee now saya nak cerita pasal group kat Malaysia ni yang ikut ala-ala Korea! 1 group gegurl and 1 lagi group boboy. yang gegurl ni nama groupnya Gula-Gula and yang boboy plak Max 24:7. kita pegi satu per satu ya. jangan kelam kabut ok hahahhaha.
Group Gegurl: Gula-Gula
kenapa nama Gula-Gula??? hmmm maybe sebab sweet la tu konon kan! hahhaha. bajet sweet la kata kn hehehhee. ni antara gambar-gambar group Gula-Gula yang sweet la katakan hohoh.
hahaha. konon K-Pop la tu kan??? ni bukan K-Pop ni Kerepot-pot! hahahaa. Papa saya cakap ni bukan Gula-Gula ni Guli-Guli. hehee. sangat lucu ya papa! Papa saya pun tak sanggup mo tengok gambar-gambar dorang ni. OMG!! please la dehhhh. jangan la over sangat sampai nak tiru style orang sana plak. KEMOONNNN laaaaa (kata kumpulan Jambu) kita orang Malaysia baaaaa. don't la mo copy-copy segala dari orang sana oke. we have our own identity! Tak payah nak ikut style KOREA. yang penting, lagu sedap & boleh diterima! orang suka K-POP sebab dorang tu KOREA. orang minat K-POP sebab lagu dorang. orang Korea budaya dorang lain. dorang nak pakai singkat mana pun itu hal dorang lah. yang korang mo tiru-tiru kenapa plak?? korang ikut style dorang pun ndak semestinya orang kita senang-senang boleh terima! u see la now, ramai ja yang tak suka kan. hurrmmmmmm. speechless nak cakap panjang lebar (geleng-geleng kepala!). korang nak lawan gegurl Korea memang la korang kalah! hahaha. tengok ahh gambar-gambar THE REAL KOREA gegurl kat bawah ni. sangat-sangat comel!!
Group Boboy : Max 24:7
haaa yang ni plak group boboy. saya tak kisah kalau muzik K-Pop jadi ikutan sebab muzik kan universal. Tapi masalahnya, kumpulan ni memang terang benderang tiru konsep K-Pop. Menggelarkan diri sendiri sebagai 'The First Ever K-Pop Group in Malaysia' plak tu. What the....... hahaha!
ekceli saya pun tak tau dengan kumpulan Max 24:7 ni. time tu tengah busy tolong mama buat keropok popia serunding sambil-sambil la jua layan cerita Korea kan. tiba-tiba adek da sebut pasal kumpulan group lelaki kat Malaysia yang meniru ala-ala korea. aku pun gatal hati g google lah. perghhh rasa macam nak muntah hijau pun da hahaha. Malu ohhhh tengok tu group hahaha. nak meniru pun salah-salah hehehhe. korang tak pikir ka korang memalukuan diri korang sendiri. kesian saya tengok ohhhh! adoi!
heee meh-meh saya tunjukkan gambar-gambar group boboy ala-ala korea tu eaaaa. tapi sebelum tu saya tunjukkan dulu dengan beberapa gambar THE REAL KOREA boboy. tengok la perbezaannya eaaaa. saya bukan kejam tapi just nak kongsi-kongsi ja hehehe.
heeee smart kan boboy Korea ni! #gigit jari jap hehehe!
okeyyy. tu yang The Real Korea punya pic. da selesai cuci mata kan hehee. yang ni plak The Ciplak Korea punya pic! hahhahahhha!
"The First Ever KPop Group in Malaysia" Max 24:7
ala-ala Super Junior la konon kannnnn :p
trip comel la plak adeidei :D
OMG! tayang-tayang body la plak kan!
gambar ni memang tak bole blahhh! haahha. asal tengok jaa confirm saya gelak jaa heheh!
hurmmmmm beza sangat kan. hahahaha!!!!! geli hati kami 1 family tengok hahha! dorang tak malu ka wat mamcam tu????? adei! sekarang ni ramai yang hentam dorang habis-habisan kat FB and blog. siap da yang buat Anti K-Pop Malaysia. saya bukan lahh nak hentam dorang ni habis-habisan. tapi kalau nak cepat popular pun jangan ahh sampai nak tiru sebiji macam orang Korea tu. budaya kita dengan dorang bukannya sama. cari laaa identiti sendiri yang kena dengan Malaysia. tengok gambar dorang ni pun rasa macam nak muntohhhhh pun da! :p #alamak! saya da over! hehehe.
huhuh bila berlaku macam ni, risau gak orang luar nampak Malaysia ni macam terlampau desperate nak hidupkan industri muzik. yaa la mentang-mentang la kan muzik K-Pop dah jadi fenomena luar biasa kat Malaysia, so da la plak pihak yang boleh pikiran sempit sampai nak tiru style boboy and gegurl Korea tu!
biarlah kita dengan identiti sendiri. tak payah laaa nak berdiri atas identiti orang lain. Bukan setakat payah, malu pun da jua. yaa la sampai nak tiru style orang Korea sedangkan kita ni orang Malaysia. memang lain laaa jadinya hahahhaa. kalau mau ambil inspirasi tak salah juga tapi biarlah kena pada tempatnya.
sory yaaa kalau saya terOVER plak. bukan takmo support local punya artis kan tapi tengok keadaan jua laaa. jangan sampai lupa diri okey. kang sendiri yang malu plak. hehehee. oke bye~
di bebel oleh;
No comments:
Post a Comment