-->
skip to main | skip to sidebar
Kelly Membebel
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

Doa Ku Untuk Mu



Haaa ni saya nak share doa untuk orang yang kita sayangg tau, Doa & terus berdoa mohon yang terbaik untuk diri kita and orang yang kita sayangg tu ok!


Doa Ku Untuk Mu

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..




Amboi! kusyukkk ehh baca hehehe! okeyyy nanti sambung entry kisah cinta lagi yeaaa! cukup la ni dulu, kang tulis panjang2x kang terOVER plak hehehe. :p




dibebel oleh ;



♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel

bersyukurlah dgn apa yg kita ada :)




Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni
cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir
senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok
bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam
manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa
dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil
tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan
manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana
sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita
cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi
dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang
gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan
wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi
andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat
dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga
dengan kecantikkannya maka suamilah yang
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan
kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih
malang jika si suami pula suka akan kecantikan
isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang
dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah
perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan
meragam seandai kemahuannya tidak tercapai,
mengugut, merajuk hendak balik kampung atau
minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat
jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang
wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada
akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya
pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti
tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang
derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya
wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia,
taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya,
ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya
memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah
cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya,
tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis
murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar
diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak
akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang
tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka
tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa
untuk merebut kasih sayang manusia.



Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik
buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang
berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang
berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan
ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi
sunyi.

Just Be UrSelf......n AlWays Trust



dibebel oleh ;


♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

2 komen budak comel

Ho Ho Holidayyy!!!!

yeaahhh!! cuti sem da mula da. . uhukkk! happy yohhh! da bebas dari final exam. . and now da kat umah da. baru jaa semalam sampai. flight kol 8:25pm and sampai Tawau kol 9:10pm . . jap ja kan sampai hee. kalo nek bas memang bengkak la punggung hehehe. 8 jam baaa duduk dalam bas. adoiii! seksa ohh! kena2x g kalo bas yg hmmmmm memandu macam org gila memang rasa macam tak selamat ja la dok lama2x dalam bas tu. ekceli memang nak alek nek bas tapi banyak pengalaman yg kurang sedap nak dengar laa kan heee. erghhh forget it la, malas nak ingat! lagi pun kebetulan jua tiket flight murah kan so terus ahhh call mama gtau nak alek nek flight. pa pun i'm happy laaa coz dapat alek umah . . 5 bulan tak alek coz busy dengan study, midterm, netball, assignment, tesis and final exam! yaaaiiii!!!! nak enjoy pun tak boleh ohhh. if enjoy pun da ja benda yang bermain kat kepala otak . . "assignment aku tak siap lagi!", "esok midterm!" haaaa tu la antara benda yg main kat kepala otak sampai bikin spoil mood nak enjoy ja kan! but now merdeka kejap hee. cuti sebulan ni nak rest betol2x ahh, coz nanti da buka sem mesti busy gak . . maklum ahhh da final year! yeaahh!! saya da final year!!!! macam tak caya jaaaa . . cepat tol masa b'lalu! mesti rindu nak study agi . . hmmm. pas study praktikal . . pastu kerja . . pas kerja insyaAllah nak sambung master hehehe. tapi nak kerja dulu ahhhh . . baru sambung kan2x! hehehe. pastu kahwin! opsss!! ngada plak heeehe!

ok laaaa, just wanna share ni ja dulu ehhh! okey bai!



dibebel oleh ;


♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

4 komen budak comel

First entry 2012

Tanpa kita sedari begitu cepat sekali waktu berputar dan kita melangkah ke tahun baru 2012 (uisshhh! ayat skema plak da kuar! hehehe)


apa!!! saya comel? makasi!! hehehee :p 


2012 da kan!! hahhaa. makin lama umur pun makin meningkat da heee. 2012 ni da nak masuk 23 tahun da umur I ni hahaha. (bulan 9 ahhh. lama lagi kot! hahahahaa). so now still 22 tahun lagi yeaaa. wekkk!!!!!! 
heeeee . . cakap pasal tahun baru ni, kalo buka FB ka Blog ka suma bz nak post pasal azam 2012 dorang hehehe. so I pun nak la jua kan post pasal tahun baru ni . . tak mo ketinggalan gak la katakan! huhuhuh. . :p

my 2012 resolution:
1) Of cozzz la nak jadi lebih baik dari tahun2x sebelumnyaaa. 
2) Graduation! yeahhhh! tahun ni insyaAllah tahun ni tahun konvo I tau. harap2x la takda yang sangkut! :) 
4) Banyakkan entry dalam blog. hahahaaha! minimum seminggu sekali hahaha :p (maklum laaaaa tahun lalu jarang update blog.heeee.)


Doa tahun baru saya;
Bismillahhirrahmanirrahim . .
Ya allah ya tuhanku,
Ampuni dosa-dosa ku yang telahku lakukan sebelum ni,
Kau bukakanlah pintu hatiku dan berikanlah hidayah dan petunjuk padaku, pada tahun yang baru ini, dan pada harapan baru yang telah kuharapkan ini, moga kau berkatkanlah hidupku dan halalkan lah rezeki ku,ku mohon ampun dan restu darimu,supaya menyelamatkan keluargaku, rakan ku dan sesiapa yang mengenali ku,supaya mereka berjaya dalam hidup dan selamat dari malapetaka.
Hanya engkau penentu takdir, 
hanya engkau penentu hidupku dan mereka. 
aminn ya rabbal alaminn . .



may this new year, bring love, joy and even more success in our life! 




dibebel oleh ;


♥Thanks baca bebelan saya! LIKE kalau suka!♥

0 komen budak comel
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Photobucket
Nurkhaliesatul Hasinah Hibriyah
10 september
Tawau, Sabah
Mr Afiz

The One and Only

Photobucket
-Abdul Hafidz-

Blog Archive

  • ►  2013 (6)
    • ►  February (6)
  • ▼  2012 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ▼  January (4)
      • Doa Ku Untuk Mu
      • bersyukurlah dgn apa yg kita ada :)
      • Ho Ho Holidayyy!!!!
      • First entry 2012
  • ►  2011 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)

Family

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Papa; Cikgu Abdullah
Mama; Cikgu Puspa
Puteri 1; Kelly Lysa
Putera 1; Mamat
Putera 2; Long Zack
Putera 3; Hadhra
Putera 4; Fakhrul
Puteri 2; Liena

Bestie Forever

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Terima Kasih kepada pembaca senyap, pembaca tegar, pembaca yang tak berapa nak baca dan anda-anda sekalian :)

 
haddad alwi - doaku instrumental

Powered by mp3skull.com
Boucing Pink Bow Tie Ribbon
Copyright© All Rights Reserved cikkellysa.blogspot.com